Sunday, August 9, 2015

Membantu kanak-kanak membina matlamat

Berdasarkan artikal yang ditulis oleh Judy Harris Helm bertajuk ‘Best Brains in Science Under Five’ mencadangkan cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk menghubungkan kanak-kanak dalam kehidupan intelektual dengan membantu membina ‘traits’ seperti rasa ingin tahu dan menjadikannya suatu pemikiran. Bebrapa strategi yang dicadangkan untuk membantu kanak-kanak belajar menjadi pemikir:
  • Mendengar dengan teliti perbualan kanak-kanak dan kenalpasti topic yang diminati.
  • Pilih topik untuk projek yang ada berpotensi untuk pembelajaran ‘hand-on’.
  • Menarik perhatian soalan kanak-kanak dengan merekodkan di atas kertas carta; semak dan tambah lagi.  Sentiasa memberi sokongan dan bertanya soalan yang membawa pemikiran mendalam.
  • Tambah peralatan di kelas berkaitan minat yang timbul daripada  kanak-kanak.  Galakkan kanak-kanak untuk menyumbang peralatan. 
  • Jangan cepat terus memberitahu jawapan kepada kanak-kanak atau merujuk buku atau internet. Jawapan hari ini boleh didapati dalam sesaat tetapi untuk mencipta kanak-kanak yang bergantung harap kepada orang dewasa yang telah mahir membaca dan menulis bukan cara kanak-kanak ini belajar.
  • Jangan takut untuk membuat provokasi pemikiran kanak-kanak. Beri cabaran kepada mereka untuk mencari jawapan sendiri, mencipta model atau lakaran pemerhatian.

No comments:

Post a Comment