Wednesday, July 29, 2015

Bagaimanakah Menangani Kemarahan Ibu Bapa?

Oleh kerana semua ibu bapa berpengalaman dan mempamerkan kemarahan semasa bimbingan keibubapaan. Bagaimana guru menyatakannya jika ibu bapa marah tanpa kawalan dan adakah dianggap sebagai masalah? 

Dr. Hendrie Weisinger telah mengenalpasti lima indicator yang dapat membantu anda untuk mengenali jika ibu bapa mempunyai masalah pengurusan marah. Indikator ini ada kaitannya dengan tumpuan, frekuensi dan impak ke atas interaksi dengan orang lain. Jika anda berdepan dengan ibu bapa yang anda percaya mempunyai masalah dengan marah, anda boleh gunakan lima indicator berikut untuk menilai sama ada anda boleh mencuba membantu ibu bapa menghadapi kemarahan:

  • Kekerapan episod kemarahan.
  • Reaksi kemarahan kerap ekstrem atau aras tinggi.
  • Kemarahan ibu bapa memakan masa yang lama selepas peristiwa berlaku.
  • Reaksi kemarahan membawa kepada verbal atau agresif fizikal.
  • Kemarahan ibu bapa memberi impak negatif kepada kanak-kanak, hubungan ibu bapa – kanak-kanak, hubungan dengan guru dan ibu bapa lain, atau mengganggu aktiviti bilik darjah.

No comments:

Post a Comment