Sunday, July 5, 2015

Bagaimanakah Kurikulum Yang Menarik?


Jika anda ke taska mahu pun tadika, masing-masing menyatakan mereka menawarkan kurikulum yang menarik sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Perkhidmatan yang menepati kehendak ibu bapa dan kanak-kanak adalah yang paling sesuai untuk menempatkan anak anda. Ibu bapa perlu melihat kurikulum yang mempunyai standard atau piawaian mengikut perkembangan kanak-kanak. Program melaksanakan kurikulum yang konsisten dengan matlamat untuk kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran dan perkembangan di setiap bidang: sosial, emosi, fizikal, bahasa dan kognitif.Ibu bapa sepatutnya meneliti dan minta penjelasan dari pemberi khidmat terhadap kurikulum yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment