Sunday, June 14, 2015

Tabiat kanak-anak yang tidak mahu berkongsi



Biasanya terdapat kanak-kanak terikat dengan peralatan mainan yang sama setiap hari dan mengelak untuk berkongsi. Beberapa cara untuk mengatasi masalah ini;
Fikirkan mengapa kanak-kanak mesti mempertahankan mainannya. Kanak-kanak yang datang dari keluarga besar atau kurang berkemampuan merasa kuat untuk menuntut sesuatu benda sebagai miliknya. Mungkin kanak-kanak tidak berpeluang menggunakkan objek atau peralatan di luar kelas. Salinan atau barang yang sama menarik boleh diberi untuk kanak-kanak menggunakannya. Bukan untuk melabel kanak-kanak sebagai bermasalah tetapi cuba memahami tingkahlaku dan keperluan kanak-kanak untuk mempertahankan objek.
Adakan system giliran menggunakan peralatan mainan. Gunakan jam atau alat masa menunjukkan kanak-kanak boleh menggunakan alatan yang diminati selama 5 minit.

No comments:

Post a Comment