Thursday, June 4, 2015

Apa itu berkongsi?



Berkongsi adalah persetujuan memberi sesuatu barang kepada orang lain. Walau bagaimana apabila kanak-kanak dipaksa memberi barang miliknya kepada orang lain itu bukanlah perkongsian yang benar tetapi berupa menyerahkan miliknya. Daripada melabel kanak-kanak tamak atau mementingkan diri. Orang dewasa perlu melihat alasan yang dilakukan oleh kanak-kanak sebagai mempertahankan haknya. Memaksa kanak-kanak menyerahkan mainan akan hanya membuat kanak-kanak itu mempertahan sepenuh tenaga akan haknya. Kita selalu berpihak kepada pendatang baru (anak tetamu, kanak-kanak baru di taska/tadika). Sepatutnya kita memberi kanak-kanak pilihan sama ada berkongsi atau tidak. Di dalam kelas banyak pilihan aktiviti untuk kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment