Monday, April 28, 2014

Kanak-Kanak dan Pendidikan

Pada masa ini kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin diberi perhatian. Walau bagaimana pun program latihan kepada pendidik awal kanak-kanak masih di tahap yang belum mencapai ke tahap piawaian pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Masalah pengajar yang berkelayakan di sesebuah institusi merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Pihak institusi berlumba-lumba menawarkan program berkenaan tetapi tidak dapat menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar arif dalam bidang. Apabila pihak MQA iaitu badan penilai akreditasi membuat lawatan, alasan yang biasa dikemukakan kerana kesukaran mendapat tenaga pengajar. Sekiranya tidak bersedia lebih baik jangan menawarkan program tersebut kerana kesannya akan melahirkan guru yang tidak berilmu dan salah didikan. Keadaan ini memberi kesan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di taska dan tadika.

1 comment:

  1. Saya Azhar bin Buhari pelajar semester 6 jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan Prof. Dr. Bustam Kamri & Penilai2 MQA yang lain ke Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...InsyaAllah dengan kehadiran tuan dapat kami pertingkatkan lagi mutu kualiti dalam bidang awal kanak-kanak. Terima Kasih...:)

    ReplyDelete