Sunday, June 23, 2013

Menggalakkan Proses Pertanyaan

Guru boleh menggalakkan proses pertanyaan dengan membantu kanak-kanak menjawab soalannya sendiri. Tujuannya untuk membina pemikiran kreatif. Selain itu guru perlu peka dengan soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Sememangnya soalan kanak-kanak tidak terhenti-henti dan mereka terus menyoal atau bertanya. Kanak-kanak perlu mendapatkan maklumat apabila mereka tidak dapat memikirkannya sendiri. Biasanya kanak-kanak akan merasa berpuas hati apbila disediakan dengan jawapannya sendiri sekiranya guru tidak tergesa-gesa dan menyelesaikannya segera. Dalam keadaan ini guru hendaklah sabar kerana kanak-kanak perlu masa untuk memberi jawapan. Contohnya apabila kanak-kanak bertanya,"Apa yang arnab makan?" Guru tidak perlu memberi jawapan sebaliknya berkata,"Saya fikir banyak yang arnab makan. Cuba fikirkan apa yang arnab makan?" Kanak-kanak akan memberi jawapan kepada soalannya sendiri. Jika guru sentiasa menjawab soalan kanak-kanak dengan memberikan maklumat akan mematikan keupayaannya menghasilkan jawapan sendiri. Memberi jawapan kepada kanak-kanak akan melenyapkan peluang untuk berfikir sendiri.

No comments:

Post a Comment