Thursday, May 23, 2013

Teguran Mendorong Penghasilan Kreativiti

Belajar memberi teguran untuk memupuk penghasilan kreativiti kanak-kanak. Mengambil langkah untuk memberi teguran yang berkesan kepada kanak-kanak semasa kanak-kanak sedang membuat sesuatu ciptaan dapat menggalakkan mereka meneruskan dan melibatkan dirinya lebih mendalami dalam aktiviti. Guru tidak sepatutnya memberi teguran terhadap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak sehingga menjatuhkan semangatnya. Adalah lebih baik guru meneka apa yang dilakukan atau meminta kanak-kanak menamakan apa yang sedang dibuat. Biasanya kanak-kanak tidak dapat menyatakan apa yang akan dihasilkan walau pun mereka telah mencuba untuk mewakili bentuk yang diinginya. Orang lain yang melihat penghasilannya akan melihat sesuatu yang lain daripada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak. Guru hendaklah melabel atau meletakkan tanda pada penghasilan kanak-kanak supaya dapat difahami apabila kanak-kanak itu sendiri menyatakan apa yang ingin dihasilkannya.

No comments:

Post a Comment