Wednesday, December 19, 2012

Pengajaran Informal Di Taska Dan Tadika

Setiap pendidik atau guru yang terlibat mendidik kanak-kanak perlu mendapat keilmuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan dalam bidang ini semakin mendapat tempat dan menjadi keutamaan dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Mereka yang mendapat pendidikan akan memahami perkembangan kanak-kanak dan dapat menyampaikan pengajaran mengikut keperluan kanak-kanak. Pembuat dasar yang mempunyai latar pendidikan awal kanak-kanak juga dapat memahami tanpa memberi tekanan kepada guru dan pencapaian kanak-kanak. Apabila mereka yang di luar kepakaran turut mencampuri urusan pendidikan awal kanak-kanak menjadikan keadaannya menjadi celaru dan kesan negatif berlaku dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak.

3 comments:

  1. apakah bentuk pengukuhan positif dan bentuk pengukuhan negatif terhadap kanak2?

    ReplyDelete
  2. Bagaimanakah cara(teknik) menengani tekanan semasa melayani karenah kanak2?

    ReplyDelete
  3. apakah aktiviti dalam kelas berserta bahan bantu mengajar yg bersesuaian bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap konsep pelbagai perayaan di Malaysia.?

    ReplyDelete