Sunday, October 28, 2012

Renungan Sejenak: Memperluas Perspektif Pengajian Awal Kanak-Kanak

Saya cuma ingin memperluaskan perspektif khalayak bahawa program bidang awal kanak-kanak tidak hanya tertumpu kepada melahirkan graduan yang akan menjadi pendidik, pengasuh dan pengusaha perkhidmatan di taska ataupun di tadika. Seharusnya perlu dilihat lebih meluas lagi ke arah pengguna kanak-kanak (Young Consumers). Langkah UNITAR International University yang merupakan universiti pertama di Malaysia menubuhkan Faculty Early Childhood Studies mengorak langkah sebagai peneraju transformasi bidang awal kanak-kanak selaras dengan perkembangan industri tanah air kita yang memerlukan mereka yang berijazah dalam memberi perkhidmatan dalam pelbagai sektor perkhidmatan pendidikan, perindustrian dan pelancongan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak sewajarnya perlu diberi perhatian. Secara tidak langsung akan memperluaskan lagi skop kerjaya kepada graduan bidang awal kanak-kanak yang tidak hanya tertumpu kepada perkhidmatan pendidikan sahaja. Sebagai Dekan pertama menerajui Faculty Early Childhood Studies adalah dipertanggungjawabkan untuk merancang masa depan fakulti dan kerjaya pelajar supaya menjadi graduan berdaya saing di pasaran kerja (marketable graduate).

3 comments:

  1. Tahniah untuk Prof,UNITAR International University dan FECS. Saya suka dengan gaya persembahan iklan yang ringkas, logo yang menarik penuh bermakna untuk dihayati oleh penonton. Semoga terus berjaya..

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh prof. semakin bersemangat menceburi bidang ini selepas sepetang bersama prof di SIDMA college Kuching that day. mungkin dapat dan mampu menjawab semua keraguan para students di sini sedikit-sebanyak :).

    ReplyDelete
  3. salam,,prof,,saya dr dip in early childhood education unitar (kymi)intake mei 2009,,saya bersemangat dan minat tuk ke bidang kanak2,,tp saya mempunyai maasalah,,pertama masalah family,,ke 2 kewangan dan ke3 masa,,saya ingin menyambung study,,tp pikir kan masalah yang d atas,,semua ape yg saya ingin x dpt,,apa yg perlu saya buat prof??blh prof bantu saya??sya dah try tuk pergi temuduge di setiap tadika,,kebanyakkan tadika memerlukan wanita berbanding laki wlupon saya sudah menunjukkan saya sudah memiliki diploma in early childhood education ini..saya ingin menjd spt prof serta berjaya spt prof dlm bidang kanak2,,dan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada prof kerana memberi satu inisiatif kepada kami,,sekian,,=)

    ReplyDelete