Thursday, May 3, 2012

Kecekapan Diri Kanak-Kanak Tatih

Kecekapan Diri (self-efficcacy) adalah salah satu aspek kuasa dan kanak-kanak merasa berkeyakinan diri merupakan sifat yang menonjol semasa peringkat awal usia tatih. Kecekapan diri bermaksud kepercayaan individu terhadap keupayaannya untuk melakukan tingkahlaku. Kanak-kanak tatih percaya dia boleh melakukan apa sahaja sekurang-kurangnya dia mahu mencuba. Oleh itu, mengapa tidak membenarkan? Kecekapan diri ialah sikap yang ada pada orang dewasa dalam kehidupan kanak-kanak yang perlu dipupuk pada mereka selamanya. Sepanjang kehidupan terdapat perkara baru untuk dipelajari dan sikap "sudah tentu saya boleh mempelajarinya" akan menjadi harta terbaik.

1 comment:

  1. Setuju.

    Walau bagaimana pun mereka perlukan bimbingan oleh orang dewasa. Lakukanlah apa sahaja, belajarlah apa sahaja tingkahlaku yang diingini asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain. Bermaksud ada peraturannya. Peraturan untuk kanak-kanak tidak perlu lebih dari tiga atau tidak perlu terlalu banyak. Biar ianya mudah difahami dan diulangi oleh orang dewasa; "keep it simple".

    Sekadar pandangan.

    Terima kasih

    ReplyDelete