Tuesday, May 15, 2012

Buku Memupuk Minat Membaca Di Taska

Menyediakan buku di peringkat awal dalam kehidupan kanak-kanak adalah umpama menyemai benih ke arah literasi. Buku menawarkan peluang tanpa sempadan untuk mempelajari maklumat tentang topik yang berkisar dalam kehidupan kanak-kanak atau melangkauinya. Kanak-kanak tatih mempelajari perkataan untuk konsep baru. Mereka belajar menyoal dan memberi saranan pada cerita dan idea. Mereka menghubungkan ilustrasi kepada topik dan disamping itu belajar membaca. Mereka mungkin mencipta cerita sendiri dan mendengar apa yang dibacakan. Di peringkat awal juga kanak-kanak dilatih untuk membaca dengan betul iaitu menunjukkan cara membaca dengan kedudukan buku yang betul iaitu atas ke bawah serta membuka lembaran atau halaman buku.

2 comments:

  1. Prof,

    Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

    Buku juga membantu dalam proses sosialisasi kanak-kanak. Untuk permulaan kanak-kanak mengambil masa untuk berkongsi sebuah buku yang mengandungi ilustrasi yang menarik minat mereka. Lama kelamaan mereka boleh berkumpul bersama, berbual tentang apa yang mereka lihat didalam buku tersebut yang mana boleh mencetuskan idea untuk kanak-kanak mencipta cerita mereka sendiri.

    ReplyDelete