Friday, March 16, 2012

Pengurusan Tingkahlaku

Pendekatan pengurusan tingkahlaku adalah berasal daripada teori tingkahlaku (behavioral theory). Falsafahnya adalah tingkahlaku kanak-kanak di bawah kawalan persekitaran ( termasuklah ruang, objek dan manusia), boleh diubah oleh orang dewasa menerusi sesuatu manipulasi persekitaran. Ia berdasarkan tanggapan tentang akibat penting, sesuatu tingkahlaku kanak-kanak yang didorong dan dihilangkan tidak perlu didorong. Pengurusan tingkahlaku memberi tumpuan kepada ciri atau sifat yang boleh diukur dan dikira sebagai geraf. Misalnya jumlah peristiwa yang berlaku atau kadar jangka masa yang ditetapkan. Contohnya jumlah kekerapan seorang kanak-kanak memukul rakannya adalah tepat diketahui setelah dua minggu program pengurusan tingkahlaku, kanak-kanak tersebut dapat mengurangkan kadar memukul daripada purata lima kali sehari kepada dua kali sehari. Oleh itu program pengurusan tingkahlaku ini tidak berhasil kerana kanak-kanak itu masih memukul rakannya.

2 comments:

  1. Prof : tingkah laku ada kaitan dengan pemakanan tak selaian persekitaran?

    ReplyDelete
  2. Terdapat signifikannya tetapi tidak terlalu tinggi. Misalnya makan berlebihan menyebabkan kekenyangan membawa rasa malas atau makan makanan yang memberi tenaga berlebihan menyebabkan tingkahlaku aktif. Keadaan akan menurun jika makanan tersebut dikurangkan.

    ReplyDelete