Saturday, April 30, 2011

Ke arah Pendidik dan Program Berkualiti

Bidang pendidikan awal kanak-kanak terlalu luas dan komplek. Membuat keputusan untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak bukanlah keputusan yang dibuat secara mudah. Kanak-kanak kecil memerlukan orang dewasa yang mesra dan perihatin, tetapi kanak-kanak juga bergantungan kepada pengetahuan pendidik untuk membantu dan mengukuhkan perkembangannya. Pendidik awal kanak-kanak perlu belajar tentang pertumbuhan kanak-kanak dan teori perkembangan, tentang teori dan amalan perkembangan yang bersesuaian, dan tentang kanak-kanak dan keluarga di mana pendidik bekerja. Program yang berkualiti bertujuan untuk memberi perkhidmatan kanak-kanak memerlukan dedikasi, latihan yang secukupnya dan kesanggupan untuk meneruskan belajar tentang kanak-kanak dan cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan kanak-kanak.

Friday, April 29, 2011

Kualiti Program Tadika 2

Pendidik di tadika menggalakkan pembelajaran bahasa, pendidik yang mementingkan kualiti tekun mendengar dan memperluaskan pertuturan kanak-kanak dengan menjawab soalan yang di kemukaan kanak-kanak dan selepas itu pendidik pula bertanyakan kanak-kanak. Pendidik hendaklah menyediakan pelbagai jenis buku, puisi, bahasa berirama, permainan jari dan lagu beraksi.

Pendidik hendaklah menyediakan persekitaran yang selamat dan menyelia dengan penuh perhatian. Pendidik yang berkualiti mendapat latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak yang menghususkan pendidikan kanak-kanak.

Thursday, April 28, 2011

Kualiti Program Tadika 1

Pendidik di tadika perlu menyediakan banyak pengalaman supaya kanak-kanak dapat membina motor kasar menerusi berlari, melompat, menunggang basikal beroda tiga, membaling dan menangkap bola dan kampit kacang. Pendidik juga boleh membantumembina perkembangan kemahiran motor halus dengan menyediakan peralatan seperti 'puzzles' butang dan benanag, bongkah, dan peralatan lukisan. Pendidik menyediakan pengalaman dengan itu kanak-kanak dapat meneroka persekitarannya dan belajar menerusi bahan terbuka (open-ended) seperti bongkah, manipulatif mateatik dan tanah liat (clay).

...bersambung.

Wednesday, April 27, 2011

Kualiti Program Tadika

Pendidik di tadika perlu memahami tentang ciri-ciri perkembangan kanak-kanak di tadika untuk meningkatkan kualiti program dengan menyediakan persekitaran yang dapat mendorong kanak-kanak ini meneroka. Pendidik hendaklah mesra dan dan mudah membantu terhadap kanak-kanak di tadika. Mereka menyokong usaha kanak-kanak untuk berdikari biar pun memakan masa jika dibandingkan pendidik sendiri yang melakukannya untuk kanak-kanak lebih cepat. Pendidik menyedari tanggungjawabnya membantu kanak-kanak membina tabiat penting dan belajar kemahiran hidup. Orang dewasa juga menyedari kanak-kanak tidak dapat melibatkan diri dalam kumpulan terlalu lama, oleh itu mereka memberikan waktu yang singkat dan memberi pelbagai peluang untuk kanak-kanak bermain sendirian, berpasangan atau di dalam kumpulan kecil atau kanak-kanak membuat pilihan sendiri.

...bersambung.

Tuesday, April 26, 2011

Kanak-Kanak Taska dan Tadika

Kanak-Kanak taska adalah dalam lingkungan bayi dan tatih. Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun juga dalam konteks Akta 308 masih didefinisikan dalam kategori kanak-kanak taska. Dalam perbicaraan di sini juga disentuh kanak-kanak taska yang berusia 3 - 4 tahun. Kanak-kanak tadika merujuk Akta 550 adalah kanak-kanak 4 - 6 tahun. Kanak-kanak taska dan tadika ini perkembangannya berbeza daripada bayi dan tatih. Mereka ini umumnya boleh memberi kerjasama berbanding dengan kanak-kanak tatih. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas perkembangannya berterusan untuk berdikari dalam berbeberapa bidang tertentu. Mereka sering untuk cuba memakai dan menanggalkan baju sendiri, makan sendiri. berus gigi sendiri, membasuh tangan dan membantu mengumpulkan permainan. Mereka seronok dapat membantu orang dewasa seperti menyusun kerusi, membersihkan meja dan membuang sampah ke dalam tong. Umumnya mereka ingin membantu orang dewasa. Kanak-kanak dalam kumpulan ini membina pengetahuan daripada penerokaan aktif, membuat percubaan dan bermain.

Monday, April 25, 2011

Kualiti Program Bayi dan Tatih 3

Orang dewasa hendaklah menyediakan persekitaran estetika yang mesra dan memastikan terdapat pelbagai alatan dan mainan yang bersesuaian dengan peringkat usia untuk sedia digunakan oleh kanak-kanak. Peralatan untuk bayi contohnya seperti mobil, loceng, bola, dan mainan yang boleh diramas. Manakala kanak-kanak tatih memerlukan banyak mainan dan peralatan terutama yang boleh ditolak dan ditunggangi. Kanak-kanak hendaklah dibawah jagaan dan kawalan terus oleh orang dewasa dengan mesra dan sentiasa bertindakbalas kepada kanak-kanak. Mereka mendapat latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak yang khusus untuk bayi dan tatih.

...bersambung.

Friday, April 22, 2011

Kualiti Program Bayi dan Tatih 2

Memandangkan bayi dan tatih amat bergantungan pada orang dewasa maka nisbah antara pengasuh dan kanak-kanak mestilah rendah untuk membolehkan interaksi satu sama satu sepanjang hari. Program yang berkualiti orang dewasa berindakbalas pada bayi dan tatih untunk memenuhi keperluannya secepat mungkin. Orang dewasa dapat menyesuaikan jadual bayi dan tatih untuk waktu makan dan tidur. Mereka kerap memegang dan meriba bayi. Mereka juga memerhati lebih dekat kanak-kanak tatih supaya dapat membantu dan memberi sokongan kepata kanak-kanak tatih yang mencuba kemahiran baru. Orang dewasa menyediakan keselamatan, persekitaran bersih dan mengamalkan amalan kesihatan dan langkah keselamatan untuk menghindar kemalangan dan menghadkan berlakunya penyakit berjangkit.

...bersambung.

Tuesday, April 19, 2011

Kualiti Program Bayi dan Tatih 1

Bayi memerlukan keperluan khusus yang perlu dipenuhi oleh orang dewasa. Mereka ini dalam lingkungan masa pertumbuhan fizikal dan kognitif yang cepat. Bayi bergantung sepenuhnya kepada jagaan orang dewasa. Mereka memerlukan orang dewasa untuk bertindak balas pada tangisannya secepat mungkin. Mereka perlu disalin lampin dan diberi makan apabila diluahkan keperluannya menerusi tangisan atau pergerakan tubuh. Mereka memerlukan orang dewasa berinteraksi secara individu sepanjang hari.

Kanak-kanak tatih pula mula menunjukkan keperluan untuk berdikari semasa meneroka persekitaran dan mereka juga masih bergantung kepada orang dewasa. Kanak-kanak tatih bahasanya terhad. Oleh itu memerlukan orang dewasa bertindak balas pada tangisannya dan lain-lain isyarat. Kanak-kanak tatih perlukan orang dewasa untuk menyokong perkembangan berdikari dengan menyediakan persekitaran dan interaksi yang bersesuaian.

...bersambung.

Monday, April 18, 2011

Dilema Kemampuan Lawan Kualiti

Sesetengah orang mengambilkira dan menimbangkan kemampuan lebih penting daripada mengekalkan kualiti. Di pihak lain pula mempersoalkan meletakkan peraturan yang berpiawaian tinggi akan menghadkan kupayaan program dan kualiti program akan bertambah baik untuk menghasilkan sistem usahawan bebas. Di lain pihak pula profesional pendidik awal kanak-kanak menyatakan bahawa keluarga dan ibu bapa tidak memahami natijah terhadap tiada kualiti, tidak mempunyai kepakaran atau masa untuk memantau program, mungkin tidak dapat pendapatan untuk kualiti program yang tinggi.

Friday, April 15, 2011

Ulang Tahun Pertama BK Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Hari ini tanggal 15 April 2011 genap setahun blog ini dibangunkan untuk memaparkan bicara ilmiah secara santai untuk tujuan penyebaran maklumat tentang pendidikan awal kanak-kanak kepada pembaca yang berminat dalam bidang ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pembaca yang melayari blog ini dan mendaftar sebagai pengikut blog tanda sokongan untuk saya terus menulis. Harapan saya lebih ramai yang sudi mendaftar sebagai pengikut blog ini dari masa ke semasa.

Pada hari Sabtu 15 April 2011 College for Open Learning Universiti Tun Abdul Razak kampus pintar mengadakan Hari Terbuka. dijemput pembaca sekitar Lembah Klang dan sekitarnya sudi datang ke hari tersebut.

Terima kasih.

Thursday, April 14, 2011

Lawatan Ke Tentera Laut DiRaja Malaysia


Sempena lawatan pusat pembelajaran Tentera Laut DiRaja Malaysia Teluk Sepangar Kota Kinabalu Sabah bersama dengan pegawai Pengajian Tinggi sempat dibawa melawat kapalselam. Sesungguhnya inisiatif pihak tentera untuk meningkatkan keilmuan dan kelayakan akademik di kalangan anggotanya amat dipuji.

Wednesday, April 13, 2011

Kualiti Program Untuk Kanak-Kanak

Terdapat berbagai progam yang berkualiti di tempat yang berbeza dan perkhidmatan yang ditawarkan. Setiap program kelihatan "berkualiti" mempunyai ciri asas yang sama. Program untuk kanak-kanak mestilah mengamalkan amalan yang bersesuaian yang bermaksud program yang mengamalkan kesesuaian mengikut umur, kesesuaian individu dan kesesuaian budaya. Semua program hendaklah memupuk kanak-kanak; menyediakan perlindungan, persekitaran yang memberansangkan, dan memenuhi keperluan fizikal/motor, emosi, sosial, bahasa, literasi dan keperluan kognitif. Cara perlaksanaannya bergantung kepada umur dan tahap perkembangan kanak-kanak yang mendaftar dalam program tersebut.

Tuesday, April 12, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 7

Profesional pendidik awal kanak-kank memupuk kawalan diri pada kanak-kanak menerusi arahan dan hubungan positif. Pendidik mengenalpasti bahawa kawalan diri sendiri dibina secara beransur-asur. Mereka menyediakan latihan, pimpinan, bantuan, bimbingan positif dan pengukuhan kognitif untuk membentuk kepada perkembangan kawalan diri.

Monday, April 11, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 6

Profesional pendidik awal kanak-kanak memahami peranan memberi maklumbalas yang jujur kepada kanak-kanak. Kanak-kanak membina keyakinan diri menerusi peningkatan yang sebenar. Individu dan kumpulan kanak-kanak yang berkemajuan berhak mendapat tindakbalas yang ikhlas dan jujur. Terlalu memberi pujian kepada kanak-kanak adalah menjadi kebiasaan dan seperti tidak asli. Keadaan ini menjadikan gagal ntuk memupuk perasaan sebenar terhadap keyakinan diri atau mengekalkan perubahan tingkahlaku. Oleh itu jangan terlalu kerap menggunakan kata pujian sehingga tidak meninggalkan kesan mendalam pada diri kanak-kanak.

Sunday, April 10, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 5

Profesional pendidik awal kanak-kanak memahami bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala kanak-kanak terlanggar meja sehingga tertumpah botol air yang terletak di atas meja sewaktu kanak-kanak lain sedang melukis di atas meja. Kanak-kanak lain merasa marah dan menangis kerana kertasnya basah terkena air. Kanak-kanak yang menangis ini tidak memahami bahawa perlakuan kanak-kanak yang melanggar meja itu tidak sengaja. Pendidik perlu membantu kedua-dua orang kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang melanggar meja perlu diterangkan untuk memohon maaf kepada kanak-kanak yang kertas lukisannya basah kerana terlanggar meja. Pendidik juga perlu menerangkan kepada kanak-kanak perbuatan yang tidak sengaja berlaku dan meminta kanak-kanak berhati-hati supaya tidak melakukannya lagi,

Saturday, April 9, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 4

Profesional pendidik awal kanak-kanak memahami keupayaan ingatan kanak-kanak yang terhad. Kanak-kanak lebih berupaya mengenal (recognize) daripada mengingati semula (recall). Keupayaan kanak-kanak untuk mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang meningkat mengikut usia. Maklumat yang berlaku beberapa minit yang lalu disimpan dalam ingat jangka pendek biasanya kekal beberapa minit sahaja. Apabila kanak-kanak mempunyai sedikit pengetahuan atau pengalaman tentang maklumat baru mereka jarang menyimpannya di dalam ingatan jangka panjang melainkan maklumat itu amat memberi kesan mendalam pada deria persepsi atau emosinya. Contohnya apabila ditanya ibunya,"Apa yang kamu pelajari hari ini?" Kanak-kanak menjawab,"Tak tahu."

Thursday, April 7, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 3

Pendidik awal kanak-kanak memahami keupayaan terhad kanak-kanak untuk menerima perspektif orang lain. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang menghadapi masalah mendapatkan rakan untuk melakukan perkara yang sama, maka pendidik hendaklah cuba menarik perhatian kanak-kanak lain untuk bermain sama. Mula-mula bawa kanak-kanak bersemuka dan mendengar apa yang diminati dan diingini mengikut pandangan masing-masing. Kemudian pendidik memberi cadangan cara untuk mendapatkan persamaan pandangan dalam permainan. Salah satunya menambahkan peralatan mainan dan mengubah peranan setiap kanak-kanak dalam permainan.

Wednesday, April 6, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 2

Profesional pendidik awal kanak-kanak memahami egosentrism dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak percaya orang lain sama melihat dunia persekitarannya seperti dia sendiri melihatnya. Apabila kanak-kanak melempar objek dari tempat tidurnya adalah dianggap main dan apabila diletakkan semula objek tersebut dia akan melemparnya semula. Kanak-kanak ini telah mencipta permainan yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama dia membuat penemuan apa yang akan terjadi kepada mainannya apabila dijatuhkan dari tempat tidurnya dan memahami sebab dan akibat. Kanak-kanak tidak memahami pandangan orang dewasa.

Tuesday, April 5, 2011

Pendekatan Bimbingan Prinsip Konstruktivis 1

Profesional pendidik pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuh adalah memahami dan berupaya untuk melihat situasi dari sudut pandangan kanak-kanak. Kanak-kanak sukar untuk berkongsi alatan mainan. Bayi dan tatih berpandangan miliknya adalah sebagai hubungan dirinya. Mengharapkan kanak-kanak ini berkongsi mainan sama seperti menyerahkan sebahagian dirinya. Tanggapan alat permainan sebagai hubungan dirinya dapat menjelaskan mengapa kanak-kanak kecil sering berlawan untuk memiliki alat permainan. Jika diminta untuk berkongsi alat mainan biasanya akan dijawab," Tidak".

Monday, April 4, 2011

Kawalan Locus

Bimbingan membina (constructive) berupaya membentuk kanak-kanak untuk belajar dan mengawal tingkahlakunya dan berinteraksi dengan orang lain. Mengalihkan kawalan locus (locus control) membantu orang dewasa memberi tumpuan kepada membantu kanak-kanak membesar dalam kognisi sosial dan tingkahlaku prososial daripada membetulkan atau memberi amaran.

Bimbingan membina adalah memupuk, menyokong dan memuaskan hati dua pihak kanak-kanak dan guru. Hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak menerima tingkahlaku kanak-kanak berdasarkan apa yang di wakili - pada peringkat umur tertentu dan tahap, aras kefahaman, gambaran pengalaman silam dan isyarat pertumbuhan keupayaan merupakan keperluan dalam pengasuhan awal kanak-kanak dan program pendidikan.

Sunday, April 3, 2011

Bimbingan Membina

Bimbingan membina atau bimbingan konsruktif adalah jenis interaksi yang terbaik dan amalan yang bersesuaian yang membawa kepada jenis sosial dan pemikiran moral yang dipupuk di kelas konstruktif. Dalam bimbingan konstruktif arah dan meletakkan set tahap untuk kanak-kanak secara individu membina makna daripada pengalamannya sendiri.

Apabila sesuatu isu bimbingan timbul, pendidik hendaklah memberi pertimbangan dan berbincang yang bermakna tentang masalah dan meneroka kemungkinan penyelesaiannya. Pendidik hendaklah memandu kanak-kanak ke arah kawalan diri sewaktu kanak-kanak mula berfikir tentang tindakannya dan tindakan kepada orang lain.

Kanak-kanak belajar berkelakuan baik bukan kerana untuk mendapatkan ganjaran atau dendaan tetapi mereka seronok dengan hasil daripada interaksi posititf dan mereka dapat belajar bahawa sesuatu perlakuan akan membantu minat mereka dan orang lain. Manakala perlakuan lain tidak dapat seperti apa yang telah dilakukannya.

Saturday, April 2, 2011

Kesan Corak Pengasuhan Ibu Bapa

Corak pengasuhan ibu bapa tiada seorang pun yang melakukan serasi dengan kategori tertentu sepanjang masa sama ada pada kategori autoritatif, autoritarian atau permisif. Mungkin terdapat elemen pada kita dan sebagai orang dewasa kita hendaklah mengimbas atau merenung kembali akan cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Hal ini penting dalam mendidik kanak-kanak:
  1. Orang dewasa boleh melihat semula secara kritikal harapan dan tindakbalas kepada kanak-kanak dan keluarga serta mengenalpasti sekiranya perubahan perlu dilakukan.
  2. Orang dewasa boleh mempertimbangkan kesan jangka pajang gaya pengasuhan dan didikan tertentu terhadap tingkahlaku dan kecekapan kanak-kanak.
Pembentukan gaya pengasuhan dan pendidikan autoritatif boleh menyumbangkan psikologi rasa selamat dalam persekitaran pembelajaran pada kanak-kanak dan memupuk pelbagai nilai sosial dan perkembangan kognitif ke arah kemahiran sosial dan kecekapan.

Friday, April 1, 2011

Kategori Kanak-Kanak Kurang Matang

Ibu bapa kanak-kanak yang kurang matang (imature) terdiri daripada mereka yang tidak mengawal dan tidak mengharapkan terhadap anaknya walaupun mereka kelihatan mesra dan berkomunikasi setiap masa dengan anaknya. Ibu bapa ini meletakkan sedikit harapan untuk tanggungjawab dan peraturan tingkahlaku. Kanak-kanak diberi kebebasan untuk menentukan tingkahlakunya sendiri dengan sedikit bimbingan untuk mempelajari tingkahlaku yang betul. Ibu bapa kategori ini dikenali sebagai permisif (permissive).