Saturday, October 1, 2011

Pembelajaran Bahasa Secara Lahiriah

Terdapat teori pembelajaran bahasa secara lahiriah atau semulajadi. Teori ini menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental yang dapat menguasai sebarang bahasa yang didedahkan kepadanya sejak lahir lagi. Menurut teori ini alat kemahiran bahasa individu mempunyai pelbagai set peraturan (tata bahasa)sistem bahasa. Semasa kanak-kanak bersama dengan keluarga, tanggapan terbit secara semulajadi dan tanpa disedari alat bahasa digunakan dan kanak-kanak belajar bahasa ibundanya.

1 comment:

  1. salam,
    saya baru bertugas sebagai guru tadika minggu lepas dan saya mengajar kanak-kanak 4 dan 5 tahun seramai 20 orang..masalah saya, saya hendak menyuruh mereka duduk dihadapan saya apabila saya hendak mengajar tetapi mereka x dengar cakap,mmg ada yg mendengar tp x semua..apabila melihat kawan2 mereka yang lain x dengar cakap.yg lain pun turut sama x mendengar dan berlari ke arah lain atau bermain2 sahaja..jadi bagaimana utk mengatasi masalah ini..untuk makluman,saya mengajar di luar bandar..anak2 kampung

    -ida-

    ReplyDelete