Friday, October 21, 2011

Kejelasan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Kanak-kanak berusia 3 tahun biasanya pertuturannya tidak jelas. Satu daripada setiap empat perkataan kanak-kanak taska tidak difahami sepenuhnya. Tidak kejelasan ini sebahagiannya disebabkan ketidakupayaan untuk mengawal mulut, lidah, pernafasan dan mendengar sebutan yang berbeza dan perbezaan dalam percakapan. Sebutan konsonan dengan betul akan jelas apabila kanak-kanak ini berusia 7 tahun atau 8 tahun. Kanak-kanak taska hanya boleh menyebut dengan sebutan betul lebih kurang 40 hingga 80 peratus. Ini disebabkan kekurangan untuk menguasai bunyi bahasa.

3 comments:

  1. Prof, sebutan huruf konsonan seperti "Z" & "F". Contohnya kanak-kanak 3 tahun menyebut nama adik "Zafran", kita akan mendengar kanak-kanak menyebut "Appan". Boleh diterima asal ada unsur bunyi nama tersebut. Sebagai orang dewasa kita perlu menyebut dengan sebutan yang betul, bukan meniru apa yang diucapkan oleh mereka.

    ReplyDelete
  2. Membetulkan sebutan kanak-kanak tidak menjadi kesalahan. Bentuk sebutan dari awal sebelum menjadi kesalahan sebutan berterusan.

    ReplyDelete
  3. Baik Prof,
    Dalam situasi begini, bagaimana teguran yang paling sesuai untuk kanak-kanak diusia tersebut.

    ReplyDelete