Friday, April 15, 2011

Ulang Tahun Pertama BK Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Hari ini tanggal 15 April 2011 genap setahun blog ini dibangunkan untuk memaparkan bicara ilmiah secara santai untuk tujuan penyebaran maklumat tentang pendidikan awal kanak-kanak kepada pembaca yang berminat dalam bidang ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pembaca yang melayari blog ini dan mendaftar sebagai pengikut blog tanda sokongan untuk saya terus menulis. Harapan saya lebih ramai yang sudi mendaftar sebagai pengikut blog ini dari masa ke semasa.

Pada hari Sabtu 15 April 2011 College for Open Learning Universiti Tun Abdul Razak kampus pintar mengadakan Hari Terbuka. dijemput pembaca sekitar Lembah Klang dan sekitarnya sudi datang ke hari tersebut.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Tahniah Prof,

    Moga Prof. terus menulis tanpa jemu untuk individu yang tahu dan mahu memanfaatkan ilmu yang disampaikan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Prof, semoga blog ini menjadi pembakar semangat untuk saya berjaya seperti Prof,banyak ilmu yang saya dapat semasa melayari blog ini.Saya berharap agar Prof di beri kesihatan oleh NYA untuk menulis tanpa rasa jemu didalam blog yang bermanafaat ini...tahniah sekali lagi dari saya n happy birthday

    ReplyDelete