Friday, February 18, 2011

Penyimpanan Rekod Di TASKA

Pengusaha atau pengurus taska perlu menyimpan rekod termasuklah:
(a) nama dan alamat rumah kanak-kanak yang diterima.
(b) alamat penjaga yang boleh dihubungi jika sakit atau berlaku kecemasan semasa kanak-kanak di taska.
(c) tarikh pendaftaran kanak-kanak di taska.
(d) jumlah kanak-kanak berdaftar yang hadir di taska setiap hari.
(e) salinan rekod kesihatan kanak-kanak.
(f) nama, alamat dan kelayakan setiap pekerja di taska
(g) nama, nombor kad pengenalan dan alamat orang yang menghantar kanak-kanak ke taska.
(h) rekod-rekod tentang keselamatan, kesihatan, kewangan, dan kebersihan.

Semua rekod tersebut boleh diperoleh oleh penyelia dan boleh ditunjukkan kepada Ketua Pengarah atau pihak berkuasa JKM apabila di minta pada bila-bila masa. Semua rekod hendaklah dikemaskini setiap masa.

2 comments:

  1. Prof, perlu juga disediakan fail bagi setiap kanak-kanak, termasuk juga setiap kakitangan taska. Untuk pemantauan, mana-mana pihak berkuasa akan datang bila-bila masa.

    ReplyDelete
  2. Cadangan yang baik untuk menyimpan rekod. Terima kasih.

    ReplyDelete