Saturday, January 29, 2011

Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Penjaga

Pihak ibu bapa dan penjaga kanak-kanak adalah berperanan dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak TASKA di rumah, tempat kerja, komuniti dan institusi terhadap perkara berikut:
(a) alahan (allergy) kanak-kanak.
(b) tidak menghantar kanak-kanak ke taska jika dijangkiti penyakit berjangkit.
(c) mengambil tindakan segera untuk rawatan perubatan jika kanak-kanak dimaklumkan oleh pihak taska.
(d) memaklumkan kepada pihak taska jika kanak-kanak mendapat kecederaan sebelum dihantar ke taska.
(e) memerhati dan memahami tahap perkembangan dan mengambil tahu program kanak-kanak di taska.
(f) menyokong untuk mengambil bahagian aktiviti yang dijalankan oleh pihak taska
(g) sentiasa berbincang tentang perkembangan kanak-kanak dengan pihak pengurusan taska.

'Pihak taska' bermaksud pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh atau pengasuh berdaftar sama ada di rumah, tempat kerja, komuniti dan institusi.

2 comments:

  1. Prof, perkara tersebut seharusnya diadakan dalam Syarat & Peraturan sewaktu ibu bapa/penjaga membuat pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke TASKA dan ditandatangani oleh mereka. Satu salinan juga perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga untuk rujukan. Kadangkala, manusia mudah lupa..

    Sekadar pandangan peribadi dari saya.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan cadangan anda. Tidak salah jika anda mengambil langkah proaktif kerana telah terkandung dalam akta dan peraturan.

    ReplyDelete