Monday, December 6, 2010

Prinsip Pengajaran Kanak-Kanak Tatih

Mengajar dan mendidik kanak-kanak tatih (2-3 tahun) tidak semudah mengajar kanak-kanak tadika. Tidak boleh menggunakan pengajaran orang dewasa kepada kanak-kanak tatih. Tidak ada kebaikannya memberi kawalan untuk membuat kanak-kanak tatih mengikut arahan formal. Kanak-kanak tatih menetapkan kadar kelajuan dan gaya pembelajaran.Berdasarkan ciri-ciri bimbingan kanak-kanak tatih pihak penyelidik seperti Dr. Burton White menerusi Harvard Preschool Project, The Brookline Early Education Project dan New parents as Teacher Program telah menggariskan prinsip pengajaran kanak-kanak tatih seperti berikut;
  • Prinsip 1 - Persekitaran adalah segala-galanya
  • Prinsip 2 - Bahan adalah kurikulum
  • Prinsip 3 - Inisiatif tatih
  • Prinsip 4 - Pemerhatian orang dewasa
  • Prinsip 5 - Sokongan orang dewasa
  • Prinsip 6 - Peranan orang dewasa sebagai rakan kongsi

2 comments:

  1. Prof, Mohon untuk kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan saya di FB Taska Malaysia. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Diharap rakan-rakan FB Taska Malaysia mendaftar sebagai pengikut (follower) blog ini sebagai tanda sokongan untuk saya terus menulis. Jika tiada pengikut bermakna tiada pembaca dan saya akan berhenti menulis di blog ini. Adanya pertambahan bilangan pengikut memberi gambaran blog ini dimanfaatkan biarpun secara santai penulisannya. Terima kasih.

    ReplyDelete