Monday, December 27, 2010

Pegajaran Bahasa Kanak-Kanak Tatih - Prinsip 4

Prinsip 4: Guru Bahasa Memperkembangkan
Salah satu strategi yang berkesan mengajar bahasa kanak-kanak tatih adalah mengembangkan pada pengucapan (utterances) asal, menambah perbendaharaan kata (vocabulary) dan idea. Memperkembangkan (expensions) dengan memasukkan perkataan yang tertinggal atau memberikan perkataan yang lebih tepat dan mengembangkan idea yang telah dimulakan oleh kanak-kanak. Perkembangan ini adalah penting untuk perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak.

2 comments:

  1. Saya berikan contoh ya Prof, jika silap sila perbetulkan.

    Contoh;
    Kanak Tatih : "Nak susu.."
    Pengasuh : "Afiq nak susu..?"
    Kanak Tatih : (mengangguk)
    Pengasuh : "Oh! Afiq nak minum susu. Tunggu ya, cikgu bancuhkan susu."

    Bagaimana, Prof.?

    ReplyDelete
  2. Setuju. Terima kasih dan teruskan berkongsi pendapat dan pandangan.

    ReplyDelete