Wednesday, September 8, 2010

Permudahkan Persekitaran Dengan Buku Membantu Literasi Kanak-Kanak

Suasana persekitaran yang mudah mendapatkan buku akan menggalakkan kanak-kanak membaca buku. Kanak-kanak suka kepada cerita yang biasa kepadanya akan mendapatkan buku tersebut berulang kali. Cara anda meletakan buku dan kedudukan buku akan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang digemari. Oleh itu sediakan buku-buku yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan mudah diperolehi apabila kanak-kanak ke tempat buku.

Anda boleh mendapatkan buku yang murah ketika jualan murah di kedai atau di pasaraya. Kadangkala ada jualan buku di perpustakaan. Pertimbangkan juga untuk membeli majalah untuk kanak-kanak. Sekurang-kurangnya dengan adanya majalah kanak-kanak dapat melihat sesuatu perkara di majalah pada setiap bulan. Pastikan kanak-kanak melihat anda membaca.

2 comments:

  1. Jangan lupa juga untuk membawa mereka ke pesta buku kerana disitulah banyaknya buku yang dipamer dan dijual untuk berbagai peringkat..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih memberi pandangan untuk dikongsikan bersama pembaca. Mohon selalu memberi pandangan dan pengalaman semasa penglibatan di Pustaka Bimbingan Kanak-Kanak (Perpustakaan Kanak-Kanak). Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete