Tuesday, September 7, 2010

Pemilihan Buku Yang Betul Membantu Literasi Kanak-Kanak

Pemilihan buku yang sesuai dapat membantu menggalakkan literasi kanak-kanak. Jangan memaksa kanak-kanak mendengar buku yang dibacakan berdasarkan pilihan anda tanpa mengetahui minatnya. Pilih buku berdasarkan subjek yang diminati dan kanak-kanak akan meneruskan keseronokan membaca. Oleh itu libatkan kanak-kanak semasa membuat pilihan buku untuk dibacakan. Pilih buku yang berhubung dengan peristiwa semasa dalam kehidupan kanak-kanak seperti hari permulaan persekolahan atau tentang peristiwa dalam perjalanan semasa cuti persekolahan.

Kanak-kanak biasanya akan mengulangi membaca apabila mendengar buku yang dibacakan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan peristiwa semasa. Oleh itu digalakkan menyediakan buku-buku yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan kanak-kanak semasa membeli buku untuk perpustakaan anda.

No comments:

Post a Comment