Monday, September 13, 2010

Membaca Cerita Berulangkali Membantu Literasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak suka mendengar cerita yang dibacakan berulangkali. Sukar bagi kanak-kanak untuk memahami keseluruhan cerita yang didengar. Kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk memahami keseluruhan cerita. Kanak-kanak sememangnya suka kepada cerita yang biasa didengar di mana mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya semasa mendengar cerita. Boleh dikatakan kanak-kanak tidak merasa bosan mendengar cerita yang sama. Rakam cerita kegemaran kanak-kanak yang anda baca supaya boleh didengar oleh kanak-kanak apabila memerlukannya.

Mungkin anda merasa bosan membacakan buku cerita yang sama kepada kanak-kanak biarpun kanak-kanak itu sendiri tidak merasa bosan. Masukkan unsur dramatik semasa membaca supaya tidak merasa bosan. Sebaik-baik kekalkan perkataan dan ayat dalam cerita tanpa mengubah struktur ayat atau perkataan. Matlamat membacakan cerita adalah untuk menggalakkan literasi kanak-kanak.

2 comments: