Monday, September 6, 2010

Membaca Buku Bersama Membantu Literasi Kanak-Kanak

Membaca bersama setiap hari merupakan salah satu cara untuk memupuk minat membaca dikalangan kanak-kanak. Membaca bersama boleh memperkayakan pengetahuan dan perbendaharaan kata kanak-kanak. Selain daripada itu, orang dewasa boleh memperkenalkan atau mendidik kanak-kanak kepada mekanisma literasi seperti membuka halaman buku dan membaca dari kiri ke kanan.

Pilih masa membaca yang ditetapkan apabila cerita boleh dinikmati keseronokannya dalam keadaan santai (relaxed) dan tidak tergesa-gesa. Buku yang dibacakan adalah berdasarkan pilihan kanak-kanak. Pastikan membaca bukan tugas seorang ibu. Kanak-kanak lelaki yang menganggap membaca bersama wanita adalah hal 'budak perempuan' akan meninggalkannya atau tidak mengendahkannya. Oleh itu biasakan kanak-kanak yang membuat pilihan buku untuk dibacakan bersama kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment