Thursday, September 23, 2010

Bekerjasama Dengan Kanak-Kanak Bukan Menghalang Mereka

Pastikan harapan yang anda inginkan dapat dilakukan oleh kanak-kanak bersesuaian dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak. Apabila seorang kanak-kanak tatih mengetuk bongkah atau sesuatu benda sehingga mengeluarkan bunyi bising, anda bertanya pada diri sendiri: "Adakah ini masalah tingkahlaku atau tingkahlaku yang biasa (normal)?" Kanak-kanak ini mungkin untuk memuaskan rasa ingin tahu.

Anda perlu ingat bahawa bayi dan tatih belajar melalui deria - dari sesuatu yang didengar, rasa, sentuh, hidu dan lihat. Kanak-kanak taska (preschooler) rasa ingin tahu dipenuhi menerusi melakukan aktiviti sebenar (hands-on activities) dan menggunakan imaginasi untuk belajar dan penemuan (discovery). Anda boleh meminimakan atau mengurangkan konflik dengan membuat jangkaan awal terhadap tingkahlaku kanak-kanak. Sediakan persekitaran yang selamat dan kesediaan untuk melakukan penerokaan. Setiasa meletakkan harapan yang anda inginkan jelas dan munasabah. Sentiasa berkongsi harapan dengan kanak-kanak.

Kumpulan umur:
Bayi dan tatih.
Jangkaan awal:
Bayi dan tatih meneroka menggunakan jari dan mulut.
Persediaan:
Menyediakan persekitaran bahan yang selamat untuk kanak-kanak dan mengelakkan sesuatu yang membahayakan. Bahan yang mudah pecah letak di tempat yang tidak boleh dicapai.

Kumpulan umur:
Kanak-kanak taska (preschooler).
Jangkaan awal:
Kanak-kanak taska ingin mengetahui sesuatu benda itu berfungsi.
Persediaan:
sediakan bahan konkrit, aktiviti secara terus (hand-on) dengan objek yang dapat mendidik kanak-kanak tentang sesuatu perkara itu berfungsi. Contohnya kanta, kunci dan magnet.

Kumpulan umur:
Kanak-kanak tadika (kindergarten).
Jangkaan awal:
Kanak-kanak tadika boleh berfikir sesuatu yang abstrak dan belajar tentang simbol.
Persediaan
Rancang sesuatu yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk permainan olok-olok (main peranan) dan permainan menggunakan perkataan.

Sekiranya anda mempunyai pandangan, pendapat dan pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca adalah amat dialu-alukan. Pandangan, pendapat dan pengalaman anda yang dikongsikan bersama amat dihargai.

2 comments: