Wednesday, August 18, 2010

Lagu dan Nyanyian Kanak-Kanak Tadika

Kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 6 tahun menyanyikan lagu beramai-ramai dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar. Kanak-kanak antara 4 tahun hingga 6 tahun masih sukar menyanyikan lagu mengikut irama (melody). Walau bagaimana pun mereka seronok menyanyi bersama rakan-rakannya. Menyanyi secara tidak langsung pada peringkat ini lebih kepada sosialisasi, meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berbahasa.

Berikut antara yang dicadangkan pemilihan lagu untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak tadika:
1. Lingkungan dari nada lagu pertengahan C ke pertengahan B sebagaimana yang dicadangkan oleh Kodaly (pakar muzik kanak-kanak dari Hungary).
2. Nada lagu berterusan sama ada ke atas (tinggi) atau ke bawah (rendah).
3. Terdapat banyak pengulangan atau nyanyian beramai-ramai seperti 'Can Mali Can', 'Anak Kambing Saya' dan 'Rasa Sayang.'
4. Padankan dengan minat kanak-kanak yang berkisar dalam lingkungan kehidupan mereka.
5. Terdapat aksi dan pergerakan yang mudah untuk dilakonkan atau menghasilkan permainan.

Mungkin pembaca ada cadangan, pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca. Cadangan, pandangan dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama pembaca amat dialu-alukan dan dihargai.

1 comment:

  1. tolong siarkan lagu kanak-kanak tadika mengikut tema/pls publish kindergaten song by following theme of the month

    ReplyDelete