Thursday, August 26, 2010

Apakah Aktiviti Tatih Yang Bersesuaian?

Kanak-kanak di peringkat tatih berusia 2 tahun kebanyakannya bergantung dengan orang lain untuk memenuhi keperluan, memerlukan sokongan dan perhatian. Ini bermakna kebiasaannya kanak-kanak tatih bermain sendiri atau dengan kehadiran kanak-kanak lain tetapi sedikit interaksi. Kanak-kanak tatih ini akan berinteraksi sekirannya terdapat mainan yang menarik perhatiannya di tangan orang lain. Bahasa kanak-kanak tatih terhad. Komunikasinya adalah fizikal. Kanak-kanak tatih belum memahami perasaan orang lain dan berfokus pada diri sendiri.

Persekitaran untuk kanak-kanak tatih berkeadaan efektif, selamat dan lapang. Oleh kerana kanak-kanak tatih tidak boleh berkongsi mainan, pastikan menyediakan mainan yang sama untuk mainan yang menjadi kegemaran. Kurangkan pembahagian ruang aktiviti untuk membantu kanak-kanak tatih fokus pada aktivitinya. Latih menentukan aktiviti di sudut lain dan berkemas di sudut yang lain. Galakkan kemahiran sendiri dengan menyediakan rak dan bakul untuk menyimpan mainan. Kanak-kanak tatih digalakkan membantu semasa mengemas.

No comments:

Post a Comment