Wednesday, May 26, 2010

Antara Bidang Kanak-Kanak

Masyarakat umumnya tidak begitu jelas dengan profesional yang terlibat dengan profesion kanak-kanak. Kekeliruan timbul kerana tidak mendapat penjelasan. Pertama doktor perubatan yang pakar untuk kanak-kanak. Bidang ini menguasai ilmu kesihatan kanak-kanak. Itu bidang perubatan. Kedua, bagaimana dengan bidang sosial sains? Terdapat tiga profesional yang melibatkan kanak-kanak iaitu Psikologi Kanak-Kanak, Perkembangan Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Psikologi Kanak-Kanak tugasnya melihat kejiwaan kanak-kanak, Perkembangan Kanak-Kanak tugasnya melihat perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, manakala Pendidikan Awal Kanak-Kanak lebih kepada pedagogi atau berkaitan dengan mendidik kanak-kanak.

Jika anda meminta pandangan tentang mendidik kanak-kanak kepada tiga aliran (psikologi, perkembangan dan pendidikan) anda akan mendapat pandangan yang berbeza. Oleh itu sebelum anda bertanya fikirkan tujuan maklumat yang anda perlu perolehi.

2 comments:

  1. Prof, jika di TASKA, kadangkala kami umpama ibu, bapa, jururawat, pakar(doktor) kanak-kanak, pakar psikologi kanak-kanak, pakar perkembangan kanak-kanak, pakar pendidikan awal kanak-kanak. Sehingga sampai satu tahap kami hanya sanggup menggelengkan kepala tanda "bingung" kerana segala persoalan diajukan kepada kami. Bagaimana ya Prof.?

    ReplyDelete
  2. Prof, jika saya ingin meneruskan pengajian tinggi ke Master, pekerjaan sepertimana yang boleh ditawarkan kepada saya? adakah saya hanya akan menjadi guru taska tadika & penyelia di situ?

    ReplyDelete