Friday, December 15, 2017

Peranan seni lukis membantu perkembangan kanak-kanak

Apabila melihat kanak-kanak melukis orang dewasa hendaklah memahami apa yang ingin dinyatakan bukan melihat sesuatu yang dihasilkan. Kesabaran adalah diperlukan apabila kanak-kanak sedang melukis. Orang dewasa perlu sedar aktiviti melukis perlu dilihat dari segi proses penghasilannya bukan penghasilannya.


Tuesday, December 12, 2017

Memberi pilihan kepada kanak-kanak mendidik membuat keputusan

Kanak-kanak sewajarnya dilatih membuat pilihan dan orang dewasa sepatutnya memberi peluang kepada kanak-kanak menentukan pilihan yang diberikan. Artikal ini merupakan cadangan dan panduan memberi pilihan kepada kanak-kanak.


Thursday, December 7, 2017

Cara bercerita kepada kanak-kanak

Apabila ibu bapa bercerita tumpuan kanak-kanak untuk mendengar tidak lama. Mereka cepat merasa bosan mendengar penyampaian cerita. Sebaliknya guru tadika bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak mendengarnya. Guru tadika yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang aktiviti bercerita dapat menarik perhatian kanak-kanak. Guru baru perlu mendalami pengetahuan untuk aktiviti bercerita.

 

Tuesday, December 5, 2017

Mendidik kanak-kanak berkongsi

Berkongsi barang permainan bagi kanak-kanak sangat sukar untuk dilakukan. Kanak-kanak cuba mempertahankan miliknya daripada digunakan bersama dengan kanak-kanak lain. Terutama kanak-kanak tatih akan menangis jika mainannya diberikan kepada kanak-kanak lain. Artikal ini cuba memberi panduan mendidik kanak-kanak berkongsi.

Thursday, November 30, 2017

Kanak-kanak tidak boleh lakukan seperti orang dewasa

Kanak-kanak melakukan sesuatu perkara menerusi penerokaan dan percubaan untuk mendapatkan kefahaman dan pengalaman baru. Cara kanak-kanak berfikir juga tidak sama seperti orang dewasa. Oleh itu orang dewasa apabila meminta kanak-kanak melakukan sesuatu perkara hendaklah difikirkan peringkat umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri. Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza walau pun pada peringkat umur yang sama. Sedikit kesabaran dan cuba memahami terhadap fitrah kanak-kanak. Dorongan dan menggalakkan adalah lebih baik untuk membina keyakinan diri yang positif pada diri kanak-kanak.


Tuesday, November 28, 2017

Mengajar menulis kepada kanak-kanak

Menulis memerlukan kemahiran fizikal iaitu motor kasar dan motor halus. Koordinasi pergerakan tangan, jari dan mata berjalan seiring. Kanak-kanak yang masih kecil perlu didedahkan dengan pergerakan motor kasar dan motor halus sebelum belajar menulis. Aktiviti seperti bermain dengan jari melakar di pasir, memasukkan benang ke lubang butang atau manik, melukis dan melakar di kertas. Kemahiran menguasai pergerakan tangan akan membantu kanak-kanak untuk menulis abjad. Ajar kanak-kanak memegang pensil dengan betul semasa hendak mengajar menulis. Galakkan kanak-kanak menulis huruf walau pun pada awalnya sekadar lakaran yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Apa yang penting kanak-kanak dapat memahami konsep menulis.



Wednesday, November 22, 2017

Memupuk minat membaca

Minat membaca hendaklah dipupuk semasa kecil. Kanak-kanak sewajarnya diperkenalkan dengan buku bukan gajet yang melekakan. Ibu bapa membacakan buku sebelum kanak-kanak boleh membaca dengan sendiri. Budaya membaca sepatutnya bermula di dalam keluarga. Membudayakan minat membaca dikalangan ahli keluarga menjadikan ibu bapa sebagai contoh kepada anak-anak. Persekitaran dalam rumah dilengkapkan dengan bahan bacaan yang sesuai dengan ahli keluarga di rumah.